Friday, January 28, 2011

suami calon PAS dapat penyakit DEPRESSIVE MOOD?

depressive mood merupakan sejenis penyakit mental yang mana melibatkan kegangguan emosi dan tingkahlaku....untuk mengetahui lebih lanjut sila klik sini...jadi suami calon pas di dun tenang menipu rakyat untuk bercuti menyokong isterinya...dan tenno perang juga beranggapan suami nya benar-benar akan mendapat penyakit ini selepas keputusan PRK dun tenang nanti...huhuhu..masa tuh..MC lah lama-lama..kalau teruk lagi masuk lah wad psikiatri....patut kah kita memilih dan mengangkat mereka sebagai wakil rakyat..lu pikirlah sendirii... 

Thursday, January 20, 2011

segalanya untuk FELDA...

Meniti pencapaian cukup luar biasa dan hasilnya dapat dilihat hari ini - yang dimaksudkan kejayaan Felda mengubah keadaan hidup peneroka dan pastinya transformasi agresif memajukan masyarakat Felda itu diteruskan lagi tahun ini dengan peruntukan RM1.6 bilion seperti diumumkan Perdana Menteri siang tadi.

Perdana Menteri siang tadi sehari suntuk berada di kawasan Dewan Undangan Negeri, DUN Tenang.

Lawatan pastinya lebih bermakna apabila bertemu peneroka Felda Chemplak di Labis ini.

Berbangga dengan rekod pencapaian Felda selama ini, kepada golongan peneroka, berita gembira ini dikongsi.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/Perdana Menteri.
"Tahun ini kita belanja RM1.6 bilion untuk majukan masyarakat Felda. 1.6 bilion itu pun ada baki 5, 600 juta lagi, bukan kita belanja habis, ada baki yang kalau nak kita boleh belanja lagi untuk masyarakat Felda."


Turut diumumkan, RM8.5 juta duit Felda untuk program pembangunan prasarana 500 lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka Felda.

Semua itu bukan angan-angan yang direka atau janji tidak berpijak di bumi nyata seperti dilempar pembangkang sebaliknya bukti Felda institusi kukuh daripada segi kewangan dan pentadbiran.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/Perdana Menteri.
"Ini adalah satu rekod pencapaian yang luar biasa yang telah diperjuangkan dan hasilnya dapat dilihat hari ini. Kejayaannya (Felda) mengubah keadaan hidup masyarakat yang bertuah kerana terpilih menjadi peneroka Felda dan bertuah kerana bernaung di bawah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional."

Hakikatnya, ujar Datuk Seri Mohd Najib, Felda telah melalui transformasi agresif sehingga menjadi satu gagasan yang mampu ubah lanskap sosio-ekonomi negara terutama penduduk luar bandar secara tuntas dan berkesan.

Di majlis ini, Datuk Seri Mohd Najib turut menyempurnakan majlis pelancaran pusat jalur lebar komuniti dan merasmikan gelanggang futsal sebelum meluang masa bersarapan dengan warga peneroka.

Friday, January 14, 2011

DAP terus mengganas...

DAP TERUS MENGGANAS sila KLIK SINI untuk maklumat seterusnya..