Terkejut sambil mengurut dada melihat janji pihak pembangkang hendak memberi setiap anak peneroka sebidang tanah jika mereka berjaya menawan putrajaya. terang lagi bersuluh bahawa janji ini adalah palsu belaka. FELDA adalah satu-satu nya didunia.Tiada tanah rancangan yang berjaya seperti FELDA pada hari ini.Kerajaan luar negara amat berminat untuk menjadikan FELDA sebagai rujukan mereka dalam membina tanah mereka.
Tapi malang pada kita kerana ada segelintir mereka yang tidak bersyukur. FELDA telah di serang dari pelbagai sudut. dulu masih teringat-ingat apabila minyak sawit malaysia di burukkan oleh pihak kuasa barat. Mereka mengatakan minyak sawit malaysia tidak baik untuk kesihatan, banyak hutan di tebang dan menjadikan hidupan liar hilang habitat. serangan ini bertujuan untuk menidakkan peluang minyak sawit malaysia bersaing dengan minyak jagung di keluarkan oleh kuasa - kuasa barat ini. tapi FELDA tetap dengan usaha murni nya untuk memasarkan minyak sawit malaysia.Supaya Malaysia menjadi pengeluaran minyak sawit terbesar di dunia.Ternyata usaha ini berjaya.Tuduhan dan tohmahan dari kuasa barat dapat di tewaskan dengan usaha gigih dari pengurusan FELDA dan sudah tentu dengan ketentuan dan izin ALLAH s.w.t.
Tapi kini malang bagi kita. FELDA terpaksa lagi berhadapan dengan musuh. Tapi kali ini dengan musuh dalam selimut. Musuh yang sebangsa seagama dan seFELDA.tidak salah kiranya mereka sebenarnya alat pihak barat yang menceburui kejayaan FELDA. Mereka menabur fitnah, menipu,mencerca kejayaan FELDA. Memang layak mereka ini di gelar PENGHIANAT BANGSA. Ternyata serangan kali ini lebih dasyat, lebih mencabar dan lebih menjijikan. Bermula dengan karya buku bertajuk "FELDA DULU TOLONG, SEKARANG AH LONG" mereka merencana agenda menjatuhkan kredabiliti FELDA dengan mengatakan FELDA bangkrap. Membuat janji palsu,itu dan ini. Meracuni pemikiran generasi pertama, ke 2 dan ke 3 FELDA supaya membenci FELDA.
Sedar lah wahai bangsa ku. kisah hidup di FELDA adalah sama sahaja walau duduk di tanah rancangan mana sekali pun. dulu kita hidup susah. teringatkah kita lagi semasa pendapatan bersih bapa kita sebanyak RM50 sebulan. Setelah di tolak "kantin" (merujuk D'mart pada masa kini ) untuk menyara anak yang ramai.tidak sedikit pun bapa mengeluh.kerana dia tahu bahawa kepayahan yang dialami waktu itu pasti akan di gantikan dengan kesenangan pada masa akan datang. Setan sawit hanya berharga RM50. tapi kini jerih perih itu berbayar. anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. ada yang menjadi ustaz, Guru, Majestrate, bisnessman, peguam, Doktor dan lain - lain lagi. kalau ada yang tidak berjaya dalam bidang akedemik, tapi masih ramai berjaya sebagai penternak, petani dan lain - lain lagi di kawasan FELDA itu sendiri. Tapi malang juga ada segelintir mereka yang terlibat dengan najis dadah. tetapi kehidupan memang begitu.
Semasa kami susah dahulu tiada siapa pun yang membantu. tiada siapa yang menghulur bantuan untuk menjadi juara pada isu - isu FELDA. Adakah DAP di waktu itu membela kami padahal mereka mencanangkan mereka adalah parti berbilang kaum. kerajaan yang ada ini jugalah yang berusaha membela nasib warga FELDA. PAS atau PKR apa yang mereka buat. tiada apa - apa sumbangan pun. yang mereka tahu mencerca, memaki dan segala kata-kata kesat di hamburkan oleh mereka kepada FELDA. Mengatakan FELDA bangkrap adalah satu kenyataan yang paling tidak bermaruah. Mungkin mereka boleh kata tiada kesan cuma kenyataan politik. Tapi mereka lupa IMEJ yang di bawa FELDA tercalar. FELDA berniaga dengan seluruh dunia. Memasarkan minyak sawit, menyediakan perkhidmatan runding cara, memiliki rankaian hotel. sekiranya tomahan ini berterusan di bimbang kelak kepercayaan orang luar terhadap FELDA tergugat. Bila tergugat permintaan terhadap minyak sawit malaysia terjejas. bila terjejas harga sawit akan merudum dan pada masa itu warga FELDA sendirilah yang akan menerima tempias akibat harga sawit yang rendah. Dan pada masa itu kita akan menangis sendiri kerana sangat mempercayai PENGHIANAT BANGSA ini.
TENNO PERANG menyeru kepada warga FELDA supaya tidak di buai mimpi indah oleh saudagar mimpi. Mereka hanya mahu melihat kita susah dari menikmati kesenangan yang ALLAH kurniakan pada kita pada masa kini. Ingatlah kejayaan dan kesenangan yang ibubapa kita kecapi hari ini adalah adalah anugerah ALLAH kepada warga FELDA. wassalam dari
ANAK FELDA BERNAMA TENNO PERANG
No comments:
Post a Comment