Sejak kejayaan memenangi pingat emas sukan Sea di vietnam. Pasukan malaysia telah menunjukkan prestasi yag membanggakan. Ternyata usaha FAM membentuk 2 pasukan kebangsaan iaitu harimau malaya dan harimau muda membuahkan hasil. Malaysia telah melahirkan pemain yang sangat berdisiplin di dalam dan diluar gelanggang. Di harapkan selepas ini pasukan malaysia terus menunjukkan disiplin yang tinggi. kita tidak mahu melihat mereka terbabit dengan sebarang skandal dengan artis atau mana - mana masalah yang boleh menganggu prestasi. Pemain muda seperti MUSLIM, AMAR ROHIDAN, KUNALAN, SHAFIQ RAHIM, IDLAN TALAHA dan SAFEE SALI diharap dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan masalah disiplin.
Ulasan Permainan final pertama di bukit Jalil, membuktikan penyakit lama pasukan malaysia sudah dapat dihindarkan. kalau kita singkap prestasi malaysia sebelum ini malaysia seringkali dilihat terlalu menghormati pihak lawan. tidak kelihatan keyakinan yang tinggi. Cuma yang ada semangat. Namun semangat sahaja tidak cukup, pasukan malaysia juga sering kali dilihat cepat berpuas hati dengan apa yang di capai. Tetapi kemenangan 3 - 0 terhadap indonesia pada final pertama telah menunjukkan malaysia mampu untuk menonjolkan permainan yang cemerlang.
Untuk pertemuan final kedua nanti. Malaysia diharap dapat beraksi seperti di hanoi vietnam tempoh hari. dengan taktik bertahan dengan penuh disiplin dan sekali sekala menyerang ke kubu lawan. kita mampu menenggelamkan sorakan penyokong fanatik indon di stadium bungkarno. Baki 90 minit sangat penting untuk Malaysia menjulang kejuaraan piala AFF SUZUKI buat pertama kalinya.
Tenno Perang amat yakin sekiranya malaysia dapat meneruskan prestasi cemerlang. kita akan menjulang kejuaraan. yakinlah pada diri dan iringan doa dari rakyat malaysia akan memastikan kemenangan yang di impikan.
MALAYSIA BOLEH....
HIDUP MALAYSIA...
1 MALAYSIA...
DARI TENNO PERANG
salam, blog ini sudah dipaut dalam my blog list II
ReplyDelete